Pages

Friday 27 July 2012

Oh! Gwen Stacy Sudah Gemok (7 Gambar)


Bryce Dallas Howard, pelakon yang melakonkan watak Gwen Stacy di dalam francais Spiderman asal kini sudah gemok. Bryce menjadi gemok selepas melahirkan anak beliau Januari lalu. Sangat sadis melihat "Gwen" yang hot kini nampak seperti bebola daging IKEA.

Oh! Bekas Isteri John Cena (6 Gambar)

John Cena, penggusti WWE sah bercerai dengan isteri beliau hujung minggu yang lalu, John Felix Anthony Cena (35) menceraikan isteri beliau Elizabeth Huberdeau (32) yang dikahwini beliau 3 tahun yang lalu. Pasangan ini sudah berpacaran sejak di bangku sekolah lagi dan sebab penceraian tidak diwar-warkan. Terdapat spekulasi Elizabeth menceraikan Cena kerana beliau berlaku curang. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. John Cena kini sah bergelar duda yang kaya. Selepas ini aku rasa dia boleh menukar tagline beliau dari "You Can't See Me" kepada "You CAN See Me". Kesian Cena, tahun ini tak dapat beraya bersama isteri tercinta. Mari berfikir positif, at least tak perlu gaduh nak beraya kampung siapa dahulu. Eh?

Wednesday 18 July 2012

Oh! Terbaru - Syamsul Yusof Sudah Ada Kekasih, Kahwin Dalam Masa 2 Tahun

Nampaknya pasti ramai wanita di luar sana yang patah seribu mendengar perkhabaran ini. Jejaka idaman Malaya yang masih bujang iaitu Syamsul Yusof sudah pun mengakui yang dirinya telah berpunya. Syamsul kini sedang bahagia dilamun cinta dengan seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan perubatan dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa 2 tahun lagi.


Bercakap kepada portal Murai, Syamsul yang kini berusia 28 tahun mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sebaliknya lebih banyak bercinta menerusi telefon sahaja. Kata Syamsul:-

Oh! Farid Kamil Jatuh Berguling Di Tangga, Lutut Retak



Komitmen kerja yang melibatkan aktiviti lasak sentiasa mengundang risiko kecederaan. Ini yang terjadi kepada Farid Kamil apabila beliau telah jatuh berguling di tangga sebuah kelab hiburan Rootz, Bukit Bintang semasa menjalani penggambaran filem Dampak, sebuah filem bergenre aksi, Isnin lalu.

Oh! Si Cilik Manis Nur Aisyah Humaira Yang Semakin Manis Bertudung (12 Gambar)

Sememang budak kecil kalau bertudung makin comel dibuatnya. Nampaknya Nur Aisyah Humaira makin hari makin selesa dengan pemakaian bertudung. Semoga diteruskan sehingga besar nanti. Mana tahu bila besar nanti boleh cipta jenama tudung sendiri. Confirm ramai yang akan beli punyalah.


Comel kan? Bila tengok gambar si cilik nie, OS rasa tak sabar pulak nak ada anak perempuan. Mesti lagi best dan lagi seronok sebab kebanyakan barangan dan perhiasan kat kedai adalah untuk anak perempuan. Nampaknya OS kena berusaha keras lagilah nie. Hehehe.


10 lagi gambar Nur Aisyah Humairah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau anda ingin menghubungi Aisyah, sila lawati Facebook Nur Aisyah Humairah.

Oh! Saya Hanya Menjadi Diri Saya Sendiri – Salamiah Hassan

Tersentak juga OS membaca kata-kata Salamiah Hassan yang kini berusia 61 tahun di dalam Berita Harian hari ini.. Ini semua gara-gara suara orang ramai yang menyatakan dirinya tidak sedar diri kerana sering bergaya seksi. Bagi Salamiah, dia hanya menjadi dirinya sendiri.



Antara kata-kata ibu kepada Atilia ini ialah:-

Bukan tiada yang menegur cara saya berpakaian dan mengatakan penampilan saya tak sesuai dengan usia. Mereka ini hanya pandai mengata dan menilai orang dari sudut luaran, tapi tahukah mereka apa yang saya lalui sepanjang kehidupan ini? Lantaklah apa yang mereka nak kata. Saya hanya menjadi diri saya sendiri. Rasanya saya tak adalah seseksi yang dikatakan. Inilah penampilan saya sejak dulu. Kalau bertudung pun tapi tak ikhlas, tak guna juga.

Tuesday 17 July 2012

Oh! Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Oh My English! Hujung Minggu Ini

Saban minggu kami membaca komen peminat peminat yang mengatakan mereka terhibur apabila menonton program Oh My English! di Astro TVIQ (saluran 160).

Program berbentuk hiburan mendidik ini di’lancarkan sekitar Mei 2012 lalu bertujuan untuk memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.

Menariknya, sehingga ke hari ini Oh My English! di Youtube sudah menerima lebih 3.25 juta tontonan dan kini memiliki lebih 85,000 peminat di laman Facebook mereka.

Di kaca televisyen, Oh My English! telah berjaya memikat lebih 1.5 juta penonton yang terdiri dari pelbagai peringkat umur & hujung minggu ini mereka ada sesuatu yang istimewa.

Untuk episod khas Oh My English! Ahad ini (22 Julai 2012), Lisa Surihani akan tampil sebagai tetamu jemputan khas yang akan mencari bakat lakonan baru dalam kelas 3M.


Lihat video dibawah: