Pages

Friday 27 July 2012

Oh! Gwen Stacy Sudah Gemok (7 Gambar)


Bryce Dallas Howard, pelakon yang melakonkan watak Gwen Stacy di dalam francais Spiderman asal kini sudah gemok. Bryce menjadi gemok selepas melahirkan anak beliau Januari lalu. Sangat sadis melihat "Gwen" yang hot kini nampak seperti bebola daging IKEA.

Oh! Bekas Isteri John Cena (6 Gambar)

John Cena, penggusti WWE sah bercerai dengan isteri beliau hujung minggu yang lalu, John Felix Anthony Cena (35) menceraikan isteri beliau Elizabeth Huberdeau (32) yang dikahwini beliau 3 tahun yang lalu. Pasangan ini sudah berpacaran sejak di bangku sekolah lagi dan sebab penceraian tidak diwar-warkan. Terdapat spekulasi Elizabeth menceraikan Cena kerana beliau berlaku curang. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. John Cena kini sah bergelar duda yang kaya. Selepas ini aku rasa dia boleh menukar tagline beliau dari "You Can't See Me" kepada "You CAN See Me". Kesian Cena, tahun ini tak dapat beraya bersama isteri tercinta. Mari berfikir positif, at least tak perlu gaduh nak beraya kampung siapa dahulu. Eh?

Wednesday 18 July 2012

Oh! Terbaru - Syamsul Yusof Sudah Ada Kekasih, Kahwin Dalam Masa 2 Tahun

Nampaknya pasti ramai wanita di luar sana yang patah seribu mendengar perkhabaran ini. Jejaka idaman Malaya yang masih bujang iaitu Syamsul Yusof sudah pun mengakui yang dirinya telah berpunya. Syamsul kini sedang bahagia dilamun cinta dengan seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan perubatan dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa 2 tahun lagi.


Bercakap kepada portal Murai, Syamsul yang kini berusia 28 tahun mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sebaliknya lebih banyak bercinta menerusi telefon sahaja. Kata Syamsul:-

Oh! Farid Kamil Jatuh Berguling Di Tangga, Lutut Retak



Komitmen kerja yang melibatkan aktiviti lasak sentiasa mengundang risiko kecederaan. Ini yang terjadi kepada Farid Kamil apabila beliau telah jatuh berguling di tangga sebuah kelab hiburan Rootz, Bukit Bintang semasa menjalani penggambaran filem Dampak, sebuah filem bergenre aksi, Isnin lalu.

Oh! Si Cilik Manis Nur Aisyah Humaira Yang Semakin Manis Bertudung (12 Gambar)

Sememang budak kecil kalau bertudung makin comel dibuatnya. Nampaknya Nur Aisyah Humaira makin hari makin selesa dengan pemakaian bertudung. Semoga diteruskan sehingga besar nanti. Mana tahu bila besar nanti boleh cipta jenama tudung sendiri. Confirm ramai yang akan beli punyalah.


Comel kan? Bila tengok gambar si cilik nie, OS rasa tak sabar pulak nak ada anak perempuan. Mesti lagi best dan lagi seronok sebab kebanyakan barangan dan perhiasan kat kedai adalah untuk anak perempuan. Nampaknya OS kena berusaha keras lagilah nie. Hehehe.


10 lagi gambar Nur Aisyah Humairah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kalau anda ingin menghubungi Aisyah, sila lawati Facebook Nur Aisyah Humairah.

Oh! Saya Hanya Menjadi Diri Saya Sendiri – Salamiah Hassan

Tersentak juga OS membaca kata-kata Salamiah Hassan yang kini berusia 61 tahun di dalam Berita Harian hari ini.. Ini semua gara-gara suara orang ramai yang menyatakan dirinya tidak sedar diri kerana sering bergaya seksi. Bagi Salamiah, dia hanya menjadi dirinya sendiri.



Antara kata-kata ibu kepada Atilia ini ialah:-

Bukan tiada yang menegur cara saya berpakaian dan mengatakan penampilan saya tak sesuai dengan usia. Mereka ini hanya pandai mengata dan menilai orang dari sudut luaran, tapi tahukah mereka apa yang saya lalui sepanjang kehidupan ini? Lantaklah apa yang mereka nak kata. Saya hanya menjadi diri saya sendiri. Rasanya saya tak adalah seseksi yang dikatakan. Inilah penampilan saya sejak dulu. Kalau bertudung pun tapi tak ikhlas, tak guna juga.

Tuesday 17 July 2012

Oh! Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Oh My English! Hujung Minggu Ini

Saban minggu kami membaca komen peminat peminat yang mengatakan mereka terhibur apabila menonton program Oh My English! di Astro TVIQ (saluran 160).

Program berbentuk hiburan mendidik ini di’lancarkan sekitar Mei 2012 lalu bertujuan untuk memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.

Menariknya, sehingga ke hari ini Oh My English! di Youtube sudah menerima lebih 3.25 juta tontonan dan kini memiliki lebih 85,000 peminat di laman Facebook mereka.

Di kaca televisyen, Oh My English! telah berjaya memikat lebih 1.5 juta penonton yang terdiri dari pelbagai peringkat umur & hujung minggu ini mereka ada sesuatu yang istimewa.

Untuk episod khas Oh My English! Ahad ini (22 Julai 2012), Lisa Surihani akan tampil sebagai tetamu jemputan khas yang akan mencari bakat lakonan baru dalam kelas 3M.


Lihat video dibawah: 

Oh! Amy Search Di Majlis Pelancaran Popmycase (6 Gambar)

Akhirnya minggu lepas OS dapat juga bertentang dengan Raja Rock Malaysia, Amy Search. Daripada kejauhan melihat wajahnya, mulut Abang Nara terus mengeluarkan perkataan “Feeewiiitttt”. Memang berjaya sungguh branding yang telah dilakukan oleh Amy Search. Respek!!!


Tahukah anda apakah yang sedang dipegang oleh Amy Search itu? Jeng jeng jeng. Itulah personalised casing untuk smartphone yang direka khas oleh Popmycase. Kalau anda perhatikan betul-betul, anda boleh nampak gambar Amy Search sedang feeling menyanyi di casing tersebut.


Menarik kan? Bukan Amy Search sahaja yang boleh ada casingnya sendiri untuk iPhone, Blackberry, Samsung Galaxy dan sebagainya, anda pun boleh buat casing anda sendiri. Cuma perlu ada gambar resolusi tinggi kegemaran anda dan uploadkannya di laman web Popmycase. Senang kan?


3 lagi gambar Amy Search di majlis pelancaran Popmycase dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Oh! Artis Indie, Fynn Jamal Perlukan Bantuan Anda Untuk Pembedahan Anak

Siapa Fynn Jamal? Sebenarnya persoalan itu tidak penting namun haruslah OS terangkan juga serba sedikit agar anda tahu identiti orang yang anda ingin bantu ini.. Selain popular dengan dengan lagu yang bertajuk 150 juta, Fynn Jamal merupakan seorang pemuzik, penulis dan penyajak yang bergerak secara indie.

Fynn Jamal sudah pun berkeluarga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Namun sesuatu yang sangat-sangat tidak diingini oleh mana-mana ibu bapa telah terjadi kepada anaknya, Juna. Juna harus menjalani pembedahan sebelum jantung membengkak dan kos untuk melakukannya mencecah RM35 ribu. Ini tulisan Fynn Jamal menerusi Facebooknya hari ini.

Oh! Ariel Peterpan: Taubat Itu Adalah Urusan Antara Saya Dengan Tuhan (Gambar)



Kalau anda berada di Indonesia, berita pembebasan penyanyi berpengaruh ini menjadi satu perhatian nasional & para peminat sudah bersedia untuk menerima beliau kembali.

Oh! Eksklusif Untuk Filem, Maya Karin Kini Berlakon Drama?



Kami pernah teringat yang Maya Karin ada berkata yang beliau mahu menumpukan kerjaya lakonan beliau dalam filem sahaja tetapi sebagai manusia lemah, kami lupa bila. #LOL

Oh! Kediaman Sharifah Shahira Dirompak Dan Hilang Barang Kemas, Wang Tunai



Makin banyak kisah jenayah yang kita dengar melibatkan para artis dan vip. Kali ini artis yang menjadi mangsa mereka, pelakon Syarifah Shahira (Shira) dan suaminya, Zulkifli Azhari atau Ijoy. Rumah mereka yang berlokasi di Taman Melawati telah dimasuki perompak malam kelmarin dan membuatkan mereka kerugian sejumlah wang Indonesia dan barang kemas.
Akhbar Berita Harian hari ini menyiarkan Shira dan Ijoy yang pulang ke rumah pada jam 2:30 pagi selepas selesai urusan kerjaya mendapati pintu utama rumah mereka telah diumpil penjenayah. Semasa kejadian, anak dan orang gaji mereka sedang tidur di bilik lain dan tidak menyedari akan apa yang berlaku.
Menurut Ketua Plis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, dari rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang dikediaman terbabit, rumah pasangan artis popular itu telah dipecah masuk kira-kira pada jam 10:40. Mereka hanya mengalami kerugian sebanyak RM1500 memandangkan hanya bilik utama sahaja digeledah mereka.

Anak Mawi Dan Ekin, Cahaya Malaika Yang Semakin Comel (5 Gambar)

Pergh ~~ Serius makin comel anak Mawi dan Ekin yang diberi nama Cahaya Malaika ini. Sekali imbas sangat-sangat menyerupai si Ekin. Confirm besar nanti cantik macam emaknya juga. Ini kalau ada depan mata confirm dah kena cubit


Untuk makluman, Cahaya Malaika telah dilahirkan pada 28 Februari 2012 dan kini berusia kira-kira 4 bulan. Cepat sungguh masa berlalu kan? Semoga Cahaya Malaika sentiasa sihat sejahtera sehingga dewasa kelak. 4 lagi gambar terbaru Cahaya Malaika dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Monday 16 July 2012

Oh! Dato’ Fazley Yaakob Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Pertama (13 Gambar)


Tahniah buat Dato’ Fazley Yaakob yang telah diumumkan sebagai pemenang program Masterchef Selebriti Malaysia Pertama.

Dato’ Fazley berjaya menewaskan Angah Raja Lawak pada episod akhir, Sentuhan Bintang yang telah disiarkan di Astro Ria jam 9 malam tadi.

Kemenangan Dato’ Fazley ini melayakkan beliau untuk menyumbang wang sumbangan sebanyak RM57,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia.


Oh! Selebriti Wanita Malaysia Merokok (8 Gambar)


Biodata Anzalina Nasir (8 Gambar)



Nama Penuh: Nur Anzalna Md Nasir
Tarikh lahir: 9 Januari 1988
Tempat lahir: Tasik Gelugor, Pulau Pinang
Darah campuran: Cina (ayah) dan Punjabi (ibu)
Keluarga: Anak kedua daripada lima beradik (semua perempuan)
Pendidikan: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia
Pencapaian: Finalis Dewi Remaja 2010
Komersial: Trenz (Siaran TV Indonesia), Celcom, Franch Oil dan Ecpi
Drama: Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) dan Gemersik Kalbu
Filem: Sepah The Movie