Pages

Tuesday 17 July 2012

Oh! Kediaman Sharifah Shahira Dirompak Dan Hilang Barang Kemas, Wang Tunai



Makin banyak kisah jenayah yang kita dengar melibatkan para artis dan vip. Kali ini artis yang menjadi mangsa mereka, pelakon Syarifah Shahira (Shira) dan suaminya, Zulkifli Azhari atau Ijoy. Rumah mereka yang berlokasi di Taman Melawati telah dimasuki perompak malam kelmarin dan membuatkan mereka kerugian sejumlah wang Indonesia dan barang kemas.
Akhbar Berita Harian hari ini menyiarkan Shira dan Ijoy yang pulang ke rumah pada jam 2:30 pagi selepas selesai urusan kerjaya mendapati pintu utama rumah mereka telah diumpil penjenayah. Semasa kejadian, anak dan orang gaji mereka sedang tidur di bilik lain dan tidak menyedari akan apa yang berlaku.
Menurut Ketua Plis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, dari rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang dikediaman terbabit, rumah pasangan artis popular itu telah dipecah masuk kira-kira pada jam 10:40. Mereka hanya mengalami kerugian sebanyak RM1500 memandangkan hanya bilik utama sahaja digeledah mereka.



Apapun menurut Shira melalui Facebook rasminya, barang kemas yang diambil tersebut merupakan barang kemas tiruan untuk kegunaan shooting. Haha. Padan muka kau perompak!

No comments:

Post a Comment