Pages

Tuesday, 17 July 2012

Oh! Eksklusif Untuk Filem, Maya Karin Kini Berlakon Drama?



Kami pernah teringat yang Maya Karin ada berkata yang beliau mahu menumpukan kerjaya lakonan beliau dalam filem sahaja tetapi sebagai manusia lemah, kami lupa bila. #LOL


Sukar sebenarnya untuk melihat aksi lakonan Maya Karin di kaca televisyen sama ada melalui drama bersiri atau telemovie kerana khabarnya Maya Karin eksklusif untuk filem.

Namun ura ura terbaru ada mengatakan yang heroin Ombak Rindu ini bakal muncul dengan drama bersiri sebanyak 20 episod tidak lama lagi di TV3.

Seorang peminat hiburan di forum hiburan Cari berkongsi kisah krew produksi yang hadir ke sebuah rumah di Lagenda Height, Sungai Petani untuk di’jadikan set penggambaran.

Menurut sumber lagi, kediaman yang di’cari itu adalah untuk menjadi ‘kediaman’ watak Maya Karin dan suami’nya dalam sebuah drama yang bakal menghiasi slot Samarinda.

Kali terakhir Maya Karin muncul di kaca televisyen adalah menerusi drama bersiri Anak Pontianak (2007) dan watak kecil dalam Waris sekitar tahun 2009.

Mungkinkah Maya Karin sedang menjalani penggambaran untuk drama bersiri Ombak Rindu? Jika ya, adakah Aaron Aziz akan sekali lagi bergelar ‘suami’ kepada watak Maya Karin?

No comments:

Post a Comment